Sunday, March 23, 2008

SASER NAMAMU TERATAS

87 Pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban Cemerlang

Thursday, March 13, 2008 by renegix_01

SEREMBAN 12 Mac - Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) mengekalkan reputasinya sebagai sekolah berasrama penuh terbaik di negeri ini bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Kejayaan tiga tahun berturut-turut itu dicipta apabila 87 pelajar dari sekolah itu mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di samping itu, 14 daripada 55 pelajar di negeri ini yang memperoleh 10 1A dalam semua mata pelajaran datang dari sekolah ini.

Guru Penolong Kanan, Roslie Ahmad berkata, beliau yakin Saser akan muncul sebagai sekolah berasrama penuh dengan keputusan SPM terbaik seluruh negara walaupun keputusan rasmi belum diumumkan lagi.

‘‘Lima orang pelajar dari sekolah ini telah terpilih untuk menerima sijil mereka daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di Putrajaya.

‘‘Mereka ialah Hisham Hasan, Ahmad Farhan Agusalim, Mohd. Zaki Marsoha, Mohd. Naim Nor Azemi dan Ahmad Nazrin Nadarudin,” ujar Roslie.

Turut hadir ketika keputusan SPM 2007 diumumkan ialah bekas pengetua, Mohamad Kamaludin Taib yang telah berpindah ke sebuah sekolah lain di Putrajaya mulai 29 Februari 2008.

‘‘ Saya rasa amat terharu sebaik sahaja dimaklumkan kesemua 233 pelajar memperoleh pangkat A dalam mata pelajaran Matematik Moden.

‘‘Ini merupakan satu pencapaian yang cemerlang kerana Saser berjaya mengekalkan rekod ini selama tiga tahun berturut-turut,’’ kata Mohamad Kamaludin.

Tambah beliau, guru-guru juga perlu diberi pujian kerana mereka telah memberikan komitmen yang tinggi membimbing pelajar untuk memperoleh keputusan SPM yang cemerlang.

‘‘Pihak sekolah telah menganjurkan Hari Fizik, Hari Matematik dan Hari Kimia untuk memastikan pelajar dapat memahami topik-topik yang telah dibincangkan di dalam kelas dengan baik.

‘‘Di samping itu, guru-guru turut mengadakan kelas tambahan di waktu petang dan bengkel pada hari Sabtu untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik-topik yang telah dipelajari,” jelas beliau.

Selain itu, menurut Mohamad Kamaludin, pihak sekolah turut membawa pelajar-pelajar bersantai di Port Dickson dan tempat-tempat pelancongan yang lain kerana aktiviti sebegitu membantu dalam proses pembelajaran.

Tahun lepas, Saser muncul sebagai sekolah berasrama penuh terbaik di seluruh negara dalam SPM 2006 setelah 59 pelajarnya memperoleh semua A.


KERATAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 13 MAC..


Alhamdulillah, rasa syukur tetibe wujud dalam diri ni bile terbaca keratan akhbar ni di saserdendron.blogspot..teringat plak masa dulu2 rasa gembire nye bila masa batch ku mengambil keutusan spm..ye lah tetibe je buat pertama kali nye kami the 2nd gen of saserian berjaya meletakkan SASER sebagai sekolah terbaik negeri Sembilan dan kini SASER Berjaya menjadi SBP terbaik untuk 4 tahun berturut-turut di negeri sembilan dan untuk dua tahun berturut-turut menjadi SBP terbaik seluruh Malaysia mengalahkan KISAS yg selama ini gah di carta SBP setiap tahun..

Ini pula di sediakan laporan kedudukan terkini purata nilai gred keseluruhan SBP-SBP bagi SPM tahun ini :-

1. SM SAINS SEREMBAN 1.562
2. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.665
3. SM SAINS ALAM SHAH 1.688
4. SM SAINS SERI PUTERI 1.709
5. SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.947
6. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.956
7. SM SAINS MUAR 2.013
8. SEKOLAH TUN FATIMAH 2.018
9. SM SAINS JOHOR 2.078
10. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 2.086

Sumber : laman web sbpexcellent

Tuesday, March 11, 2008

special dedication - rarepeople

assalamualaikum..

hehehe..rarepeople ni aku kasi ko link beberapa lgu yg aku sedang dgr sekarang ni..dalam list ini ada lah
menginclude kan lagu yg ko suke tu. harap dgn aku mengemukakan link dia supaya mudah untuk ko meng"donlod" nye nanti, xdek lah ko menyibuk dtg ini bilik ( bilik aku) untuk mengganggu date aku dgn lap top kesayangan ku ini..hehehehe..

harap-harap lah internet tu laju la ek..supaya anda dapat meng"donlod" dgn berjaya nye..ha manusia yg bernama rarepeople egt ini juga boleh di katakan satu "suapan" untuk mencegah anda dr pergi ke
ROMP..hehehehe..lg satu jgn pi laman web absolute alternative tu tau..biau aku jd ko pye informer je untuk the new underground music okey..hahahaha




LIST OF THE SONG

nk donload klik je pada tajuk yer..


BUTTERFINGERS – 1000 TAHUN 2008


NIDJI - BIARLAH


HUJAN – KUALA LUMPUR


BITTERSWEET – PERFECT MATCH


MEET UNCLE HUSSEIN – PARI-PARI BAWAH ANGIN


ZOOFIT - LELAH


kepada sesiapa yg meng"view" post ini dan ingin turut mendengar lagu-lagu tersebut..jemput2 lah ye mengklik tajuk lagu itu..dan jgn lupe tinggal komen ttg pendapat anda ttg lagu2 itu..sokong lah industri muzik negara kite..hehehe

wasalam..


Friday, March 7, 2008

kudapan akal

apple : 1

Assalamualaikum..

Huh, at last, akhir nye habis gak baca buku ni dalam masa satu hari...lebih kurg xsampai 24 jam lah dari saat memulakan pembacaan ini…xtau lah knapa sejak akhir-akhir ni seperti lebih tertarik untuk membaca buku keluaran jemari seni (J.S)..nk tukar selera kot..xnk klise la konon (pengaruh dari post IMAEN)...kali ni tetibe terjatuh chenta nk baca buku HLOVET karang ni, aA+bB tajuk nye...tajuk cam kartun(ayat BENZ@AIE)...selepas habis baca buku ni dapat di buat kesimpulan buku ni agak menarik and banyak beri lesson to me…xrugi lah klu nak beli tu..4 bintang lah di kasi dr 5...almost acceding perfection…nothing perfect aight..

Three main thing I learn from this novel..

************************************************************************

*love after marriage

when we talk about chenta pas kahwin ni, tentu ramai di antara anak muda sekarang berfikiran ini adalah pemikiran kuno aight..mana ada org pakai dah..4 them, chenta pas kawin ni juz releven untuk org2 dulu..tapi apa salah nye kita apalikasi kan dalam kehidupan kite hari ini..lagipun chenta selepas kawin ni adalah cinta yg diredhai dan di tuntut islam..banyak kebaikan yg kite boleh dapat melalui nye:

di antaranya :-

1) dapat elakkan masalah batas-batas pergaulan.contoh nye jalan pegang-pegang tangan diantara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim.

2) dapat elakkan kelalaian dalam percintaan.contoh nye bergayut di dalam hp sehingga membazir masa dan wang untuk cinta.

3) Juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dgn perkara yg tidak sihat seperti zina.

4) Akan lebih mendapat persetujuan daripada ibu bapa, kadang kala banyak di antara kisah cinta remaja sekarang kurang mendapat restu dari ibu bapa.

dan banyak lagi lah kebaikan nye..

Konsep bercinta selepas kahwin

:- Ibu bapa akan memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya :

"Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan".

:- seseorang boleh melihat calon isteri atau suami, selidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain-lain latar belakang calon dengan adanya pengaturan orang tengah, sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat.

:- tidak perlulah untuk seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.hehehehe..

************************************************************************

*we grow with time = learning

Masa dan kehidupan adalah the best teacher kite dan kesilapan yg kite lakukan di sepanjang perjalanan itu adalah syllabus pelajaran kehidupan kite ni..setiap kesilapan yg kite lakukan itu akan membantu kite untuk menjadi seorg yg lebih baik pada masa hadapan jike kite betul2 mengkaji kesilapan yg kite lakukan itu, jd jgn terlalu cepat melatah apabila dugaan menimpa atau sebarang permasalahan datang menghujani diri..muhasabah diri supaya kite mendapat ketenangan and kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang dan dugaan-dugaan pada masa hadapan..

Pernah saya terbaca di dalam buku karangan Andrew Matthew yg menyatakan bahawa each of every time we make a mistake, there is always a lesson staring at us at that moment, if we do ignore the lesson we will repeat the same mistake again and again and if we do realize the existence of the lesson, and do studied the lesson, we will change our own attitude to fix our problem at that time and at the same time, we already improve our self to be a better person

Petikan dari novel :

“when you realize yang duit yg di bakar tu baik lah di buat beli benda yg boleh di makan. Especially bile duduk di tanah air org. budget could be tight. Boleh hidup klu x smoking.tp xbley hidup klu x makan.”


************************************************************************

*hikmah in everything happen

Dalam setiap apa yg terjadi kepada kite, pasti terselit hikmah di sebalik nye..ALLAH s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu itu dgn sia-sia kan. ALLAH s.w.t telah sedia kan bagi kite jalan untuk keluar dari setiap kepompong permasalahan yg di turun kan, hanya kite perlu berusaha dan berdoa untuk di turunkan hidayah serta di tunjukkan oleh ALLAH s.w.t jalan kepada penyelesaian bagi semua permasalahan itu.

Sebagai contoh yg saya dapat dari novel ini, tentang kes keguguran. Pada kebiasaan nye pihak perempuan sukar untuk menerima hakikat apabila kes keguguran ini berlaku. Tetapi dugaan ini turun bersama semurni hikmah nye. Mungkin pasangan suami isteri ini belum masih cukup amal ibadah nye serta pengetahuan nye ttg islam. Jadi, mungkin apabila mereka di beri tanggungjawab untuk membimbing dan membesarkan seorang anak kearah jalan yg benar dan berlandaskan islam mereka akan gagal..maka anak ini akan mungkin rosak nurani nye dan apabila membesar akan membawa masalah kepada masyarakat di sekeliling nye..

************************************************************************

Ini adalah sekadar sedikit pandangan saya tentang kehidupan ini. Ini semua saya dapat daripada pengamatan dalam setiap pembacaan saya dan saya rasa adalah lebih baik jika saya dapat berkongsi dgn rakan2 saya sedikit sebanyak apa yg input saya dapat dari setiap pembacaan saya itu.sekian..

Wasalam..

Wednesday, March 5, 2008

celebration to cik mueda

Assalamualaikum..

Sebagai satu tanda penghargaan kepada seorang daripada sahabat saya yg akan menyambut ulang tahun kelahiran nye pada 5 mac ini..saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan post pertama di dalam blog ini untuk diri nye.. “semoga anda terharu”..hahahaha..

Cik muda - yg berbaju kurung dark green itu..

Nurul nadia binti Mohamed pu nama di beri..

Tp “cik muda” kepadanya nama ku beri..

Ayat2 untuk mengenal cik muda si empunya diri..

Motif, Pijak Karang, Mongek, Yaribba, Apekah, etc..

Ini cik muda Manyak pendam rasa..

Jgn pendam rasa..Nanti jiwa menyak meronta..

Bila jiwa meronta..Anda makn maggi asam laksa..

Bila makan maggi asam laksa..Anda jadi sepaluh gila..

Bila jd sepaluh gila..Anda lupa pakai baby cologne anda..

Bila xpakai baby cologne anda..Anda manyak musuk ma..

Bila manyak musuk ma,xdpt itu hadiah la cik muda..

kini bulan mac sudah bergambaran di minda..

selamat hari jadi cik muda..


ini salah satu hadiah yg ku beri..

lepas baca jgn pula berkecil hati..

kerana diri ini hanya ingin memberi..

salah dan silap harap di maafi..


ada manyak kisah ttg cik muda ini..

klu nak di kenang mmg xkering gusi..


************************************************************************

makanan..


Produk kegemaran

cik muda ini kuat makan tp badan mcm papan.. balik umah makan sup cendawan tp xajak kawan, ini cik muda kurg sopan budget cucu generasi keluarga lee yg ke-38..indo mee aku mula perkenalkan, tetapi telah menjadi igauan,sampai dia makan berpinggan-pinggan, jumlah nye sepanjang kkaa di jalankan..

cik muda ini suke makan megi tp bile makan magi hilang kewarasan diri(aiyoo manyak takut masa ini..hahahaha..jangan hampiri kalau takut di apa-apa’i)..ooo jelingan manja..gile takut..wuahahahahha..

************************************************************************

wangian..

Haruman kegemaran..hahaha

ini cik muda suka wangi2 sampai bulu hidung boleh jadi duri, klu dari jauh sudah bau wangi, itu petanda cik muda sudah mari, bile tidur xegt diri, konon mimpi jd puteri, jatuh cinta pada putera inderagiri, padahal jatuh kerusi (masa kkaa)..ci

k muda juz joking sekadar pelengkap ayat di sini jangan pulak amik ati nnt xsempat nk bersuami)..hehehe jgn marah yer..nnt cepat tua n brkedut mcm kulit punye gajah..

************************************************************************


percakapan..

ini cik muda xboleh fahami, bile bercakap mcm org xdek negeri, aduhai nk faham payah sekali, baik terjun gaung patah kaki, klu b’cakap budget ayu sekali, tapi perangai mcm biri2..suke pendam perasaan sendiri, sampai diri sendiri di sakiti, jgn asyik seksa diri, nanti xsempat nk kawin lari, hahahahahha..nk kawin lari ke cik muda ni..cik muda ni baik lah dia xsuke usha lelaki tau..hehehe..xmarah kan..

************************************************************************

post ini pengganti diri..

sebagai penghargaan kepada sesame insani..

moga panjang umur di murah kan rezeki..

cik muda! umur dah tambah lagi..

hehehehe..egt ko lg tua dari aku..

kire aku ni xmasuk warga emas lagi..

hahahaha..

4 tahun depan selamat mengundi..

selamat hari jadi sekali lagi..

wasalam……