Sunday, March 23, 2008

SASER NAMAMU TERATAS

87 Pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban Cemerlang

Thursday, March 13, 2008 by renegix_01

SEREMBAN 12 Mac - Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) mengekalkan reputasinya sebagai sekolah berasrama penuh terbaik di negeri ini bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Kejayaan tiga tahun berturut-turut itu dicipta apabila 87 pelajar dari sekolah itu mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di samping itu, 14 daripada 55 pelajar di negeri ini yang memperoleh 10 1A dalam semua mata pelajaran datang dari sekolah ini.

Guru Penolong Kanan, Roslie Ahmad berkata, beliau yakin Saser akan muncul sebagai sekolah berasrama penuh dengan keputusan SPM terbaik seluruh negara walaupun keputusan rasmi belum diumumkan lagi.

‘‘Lima orang pelajar dari sekolah ini telah terpilih untuk menerima sijil mereka daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di Putrajaya.

‘‘Mereka ialah Hisham Hasan, Ahmad Farhan Agusalim, Mohd. Zaki Marsoha, Mohd. Naim Nor Azemi dan Ahmad Nazrin Nadarudin,” ujar Roslie.

Turut hadir ketika keputusan SPM 2007 diumumkan ialah bekas pengetua, Mohamad Kamaludin Taib yang telah berpindah ke sebuah sekolah lain di Putrajaya mulai 29 Februari 2008.

‘‘ Saya rasa amat terharu sebaik sahaja dimaklumkan kesemua 233 pelajar memperoleh pangkat A dalam mata pelajaran Matematik Moden.

‘‘Ini merupakan satu pencapaian yang cemerlang kerana Saser berjaya mengekalkan rekod ini selama tiga tahun berturut-turut,’’ kata Mohamad Kamaludin.

Tambah beliau, guru-guru juga perlu diberi pujian kerana mereka telah memberikan komitmen yang tinggi membimbing pelajar untuk memperoleh keputusan SPM yang cemerlang.

‘‘Pihak sekolah telah menganjurkan Hari Fizik, Hari Matematik dan Hari Kimia untuk memastikan pelajar dapat memahami topik-topik yang telah dibincangkan di dalam kelas dengan baik.

‘‘Di samping itu, guru-guru turut mengadakan kelas tambahan di waktu petang dan bengkel pada hari Sabtu untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik-topik yang telah dipelajari,” jelas beliau.

Selain itu, menurut Mohamad Kamaludin, pihak sekolah turut membawa pelajar-pelajar bersantai di Port Dickson dan tempat-tempat pelancongan yang lain kerana aktiviti sebegitu membantu dalam proses pembelajaran.

Tahun lepas, Saser muncul sebagai sekolah berasrama penuh terbaik di seluruh negara dalam SPM 2006 setelah 59 pelajarnya memperoleh semua A.


KERATAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 13 MAC..


Alhamdulillah, rasa syukur tetibe wujud dalam diri ni bile terbaca keratan akhbar ni di saserdendron.blogspot..teringat plak masa dulu2 rasa gembire nye bila masa batch ku mengambil keutusan spm..ye lah tetibe je buat pertama kali nye kami the 2nd gen of saserian berjaya meletakkan SASER sebagai sekolah terbaik negeri Sembilan dan kini SASER Berjaya menjadi SBP terbaik untuk 4 tahun berturut-turut di negeri sembilan dan untuk dua tahun berturut-turut menjadi SBP terbaik seluruh Malaysia mengalahkan KISAS yg selama ini gah di carta SBP setiap tahun..

Ini pula di sediakan laporan kedudukan terkini purata nilai gred keseluruhan SBP-SBP bagi SPM tahun ini :-

1. SM SAINS SEREMBAN 1.562
2. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.665
3. SM SAINS ALAM SHAH 1.688
4. SM SAINS SERI PUTERI 1.709
5. SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.947
6. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.956
7. SM SAINS MUAR 2.013
8. SEKOLAH TUN FATIMAH 2.018
9. SM SAINS JOHOR 2.078
10. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 2.086

Sumber : laman web sbpexcellent

5 comments:

teddybearhijo~ said...

mane entri baru?!

bosan ini post, asek2 skola ko tuh, ceh...

=p

Anonymous said...

salam. aku link blog ko kat blog aku. jgn upe link bog aku kat blog ko k. http://artsloveddy.blogspot.com

Anonymous said...

salam. aku link blog ko kat blog aku. jgn upe link bog aku kat blog ko k. http://artsloveddy.blogspot.com

Anonymous said...

saser da maju.. ~ yg penting mase aku amik spm, kisas no 1.. ktorg berjaye memaintainkan the carta no1.. :)

seroja said...

salam singgah...
tuka2 link...=)
http://serojakejora.blogspot.com